Search This Blog

Wednesday, December 16, 2009

'PESTA SEKS'

Polis menahan 15 lelaki, termasuk dua pelajar sekolah menengah dan memburu dua lagi individu selepas terbabit dalam empat kes rogol remaja bawah umur dalam kejadian dipercayai 'pesta seks' berasingan bermula 4 hingga 12 Disember lalu. "Dalam kejadian pertama pada 4 Disember lalu, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam. Bagaimanapun, pada masa sama terdapat empat lagi lelaki dipercayai rakan teman lelakinya turut berada di dalam rumah itu. Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan lima lelaki itu," katanya. "Lima lelaki itu turut menggunakan taktik sama dengan mencari mangsa kedua dengan mengumpan seorang kenalan perempuan dipercayai teman wanita seorang daripada suspek dan membawa mangsa ke kawasan lombong di Kampung Pisang, dekat sini, pada 7 Disember lalu. Kira-kira jam 1.30 pagi 8 Disember lalu, kumpulan lelaki sama mengajak lima lagi rakan lain untuk merogol seorang lagi mangsa yang sudah dikurung di sebuah rumah di Kampung Bendera. Sementara itu, dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya, dibawa dan dikurung di sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini.

No comments:

Post a Comment