Search This Blog

Tuesday, December 22, 2009

'HIDUP BERMADU'

Sesiapa jua tidak ingin hidupnya bermadu atau di madukan. Islam pada dasarnya membolehkan seseorang lelaki beristeri lebih dari satu dengan syarat suami harus dapat berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Namun, mampukah lelaki berlaku adil? persoalan yang sering di lontarkan dari pihak isteri untuk suami yang ingin isterinya hidup bermadu. Sila anda beri pendapat tentang hidup bermadu...?

Wednesday, December 16, 2009

'PESTA SEKS'

Polis menahan 15 lelaki, termasuk dua pelajar sekolah menengah dan memburu dua lagi individu selepas terbabit dalam empat kes rogol remaja bawah umur dalam kejadian dipercayai 'pesta seks' berasingan bermula 4 hingga 12 Disember lalu. "Dalam kejadian pertama pada 4 Disember lalu, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam. Bagaimanapun, pada masa sama terdapat empat lagi lelaki dipercayai rakan teman lelakinya turut berada di dalam rumah itu. Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan lima lelaki itu," katanya. "Lima lelaki itu turut menggunakan taktik sama dengan mencari mangsa kedua dengan mengumpan seorang kenalan perempuan dipercayai teman wanita seorang daripada suspek dan membawa mangsa ke kawasan lombong di Kampung Pisang, dekat sini, pada 7 Disember lalu. Kira-kira jam 1.30 pagi 8 Disember lalu, kumpulan lelaki sama mengajak lima lagi rakan lain untuk merogol seorang lagi mangsa yang sudah dikurung di sebuah rumah di Kampung Bendera. Sementara itu, dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya, dibawa dan dikurung di sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini.

Tuesday, December 15, 2009

' Rakusnya manusia bernama peragut!!






Mungkin anda sendiri pernah terlihat atau terserempak dengan kejadian ragut. Walaupun benda ini berluasan tetapi masih kurang kesedaran dari kalangan pihak tertentu.Pihak Polis,Sekadar mengambil report dan masih tiada tindakan. Peragut masih juga berluasa.Pihak Media,Sekadar membuat liputan yang berkaitan dengan orang dan sedara mara orang kenamaan. Banyak cerita kejadain ragut yang menyebabkan kemalangan jiwa atau trauma. Tetapi perkara seperti nie tetap juga berluasa.Masyarakat,Nampak peragut, gamaknye leh tak bernyawa budak tue dikerjakan. Tetapi masih tiada kesedaran di dalam diri peragut-peragut ini.Tau la Peragut tue kerjaya yang sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang ne. Tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi. Membuka topic ini setelah mendengar peristiwa yang berlaku kepada adik member . Masih lagi trauma.Seeloknya saya ingin berpesan terutama kepada rakan2 perempuan di luar sana. Beringat sebelum kena. Contoh kes handbag.Tidak perlu nak menunjuk2 dengan handbag anda yang menarik or purse anda yang sebesar alam.. tp duit dalam tue 2-3 keping warne merah je. Kesimpulanya bolehkah kita membantu mengatasinya? Tanya lah diri sendiri.

' KL - IPOH 2 JAM '

Khidmat tren penumpang antara bandar menghubungkan Kuala Lumpur-Ipoh menggunakan Set Kereta Api Elektrik (ETS) yang mula beroperasi April depan, mampu mengurangkan tempoh perjalanan kepada sejam 55 minit.

Monday, December 14, 2009

Apa nak jadi artis Malaysia bab 'Kahwin Buat Main'

Iyerlah, selepas senyap agak lama, tiba-tiba muncul dan buat pengakuan sudah berkahwin. Tak apalah pasal berkahwin sebab itu sudah jodoh . Cuma yang buatkan orang tertanya-tanya, bila dan di mana berkahwin. Kenapa kedua orang tua sampai tidak tahu menahu pasal perkahwinan .

Ramai yang bertanya pasal ini . Memang tak boleh nak jawab. pula walaupun mengaku sudah berkahwin, tetapi tidak pula nak bercerita terus terang butir-butir perkahwinannya. Dan mengapa pula sampai mengetepikan bapa, ibu dan adik-beradiknya.

Perkara macam ini, bukan saja pembaca tetapi juga menyimpan banyak soalan . Tinggal lagi tidak berkesempatan lagi untuk bertemunya.

Kenalah tampil bagi semua orang pasal perkahwinannya dengan sejujur-jujurnya. Kalau tidak, jangan salah orang ramai untuk beranggapan bukan-bukan dan pastinya akan dikaitkan dengan perkara tidak elok. Perkara macam ini bukan saja memalukan , tapi sudah tentu keluarga juga.

Harap akan membuat sesuatu untuk mengubati hati kedua orangnya yang mungkin sudah terluka dengan perbuatannya ini. Hati peminat terluka mungkin tidak kisah sangat, tapi janganlah dilukai hati orang tua kita. Kasihanilah mereka.